Tatabahasa


Kata Bantu




Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.



Contoh


Akan
Belum
Masih
Telah
Sudah
Harus
Boleh
Dapat
Hendak
Mesti




1.        1.      Kereta api dari utara telah sampai.
2.        2.      Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.

3.        3.      Adik Rahimah belum tahu berjalan.

4.        4.      Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5.        5.      Encik Borhan hendak pergi memancing esok.


Kata Bilangan





1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.

2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:



Jenis Kata Bilangan
contohnya
kata bilangan tentu
satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan talk tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan
suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan
setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya
berapa







Jenis Kata Bilangan
contoh
Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.


Kata Kerja


Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1.             Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio.
‑              mendengar ialah kata kerja
                transitif
‑              radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men‑, men ...i, men ...kan, memper‑, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.

(a)           Pak Abu menjala ikan.
(b)           Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)           "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)           Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)           Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)            Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.




Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1.             Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.             Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid‑murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.


7.3 Kata Kerja Pasif
1.             Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men‑.   
                Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.             Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif   
                diri    ketiga
3.             Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku‑. Contohnya: kuangkat, kuatasi,       
                kuberikan,  kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.             Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau‑. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan,  
                kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5              Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di‑. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, 
                dipelajari, dan dipersilakan


Kata Nafi


    1.      Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. 
    2.      Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
    3.      Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

        Contoh
        a)      Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
        b)      Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.


        4.      Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

        Contoh
        a)      Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
        b)      Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.


        5.      Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

        Contoh
        a)      Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
        b)      Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.





Kata Pangkal Ayat

Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di pangkal ayat sebagai penghubung dalam ayat.


maka
alkisah
Hatta
arakian
syahdah
adapun
bermula
Kalakian



Contoh

1.        Maka permaisuri pun bersiramlah di perigi itu.
2.        Hatta datanglah seorang ahli menghadap tuan puteri.
3.        Adapun padang itu tersangatlah luas, saujana mata memandang.

Kata Pemeri


1.        Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2.        Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3.        Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4.        Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh


a)        Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b)        Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c)        Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.


Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

-kah
-lah
-tah
jua
Juga
Sahaja
Hanya
Memang
Lagi
pun



Contoh
1.        Itulah rumah saya.
2.        Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3.        Apatah dayaku untuk menolongnya.
4.        Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5.        Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6.        Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.