Thursday, 1 December 2011

Kisah sedih akibat kehilangan ibu

   Cuaca pada pagi itu baik sekali.Yati mengayuh basikalnya dengan tenang walaupun hatinya sedih.

     Dia masih terbayang sewaktu arwah ibunya masih hidup.Setiap pagi ibunya akan menyediakan sarapan dan bekalan untuk dibawa ke sekolah.Semenjak ibunya jatuh sakit beberapa bulan yang,lalu Yati menghadapi pelbagai kesusahan.

     Ibunya tidak berupaya lagi untuk bekerja dan menyara kehidupan mereka .Ayahnya telah lama meninggal dunia.Yatilah yang bekerja bagi membantu ibunya yaqng sakit itu.Dia menolong jiranya menjual    nasi barulah dia bersiap-siap untuk pergi ke sekolah.Seringkali dia terlewat sampai ke sekolah.

    Tetapi hari dia pergi ke sekolah tanpa membawa bekalan apa-apa.Ibunya sudah pergi menghadap Tuhan beberapa hari yang lalu.Kesedihan itu masih dirasainya.

No comments:

Post a Comment