Sunday, 4 December 2011

Berbudi Bahasa

Burung Nuri terbang di angkasa,
Turun hinggap di pohon kemboja,
Hendaklah kita berbudi bahasa,
Supaya ramai kawan yang suka.

Pak Abu pergi menjaja,
Kerana keluarga perlu disara,
Bertanggungjawablah kita bekerja,
Akhirnya kita berjaya.

Makan roti dengan mentega,
Makan bersama seisi keluarga,
Kasih sayang sesama manusia,
Membuat hidup kita bahagia.

Buah mempelam enak rasanya,
Dimakan bersama teruna dan dara,
Bersikap jujur sepanjang masa,
Amalan baik lagi mulia.

Bersikap malas pasti hidup merana,
Untuk berjaya perlulah berusaha,
Nasihat ini untuk semua,
Jadikan pedoman untuk kita bersama.

No comments:

Post a Comment