Sunday, 4 December 2011

Aku seekor harimau

Aku dilahirkan di sebuah hutan.Tubuhku berbelang-belang.Aku dikenali oleh manusia sebagai binatang buas dan ganas.

     Aku hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia.Ibu dan ayahku sentiasa mengambil berat tentang keselamatanku dan dua orang adik-beradikku.Kami hidup aman dan bahagia.

     Suatu pagi, ketika kami sekeluarga sedang berehat,tiba-tiba aku terdengar dua das tembakan.Ibu bapaku rebah ke bumi dengan darah mengalir ke tanah.Aku berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri dengan perasaan sebak.

     Aku kehilangan ibu dan ayah.Aku juga terpisah dengan adik-adikku.Selepas beberapa hari merayau-rayau di hutan ini,akhirnya aku ditangkap oleh sepasukan Mergastua.Aku dibawa ke Zoo Negara.

     Aku berasa selamat tinggaql di sini walaupun tidak selesa.Aku berharap dapat bertemu semula dengan adik-adikku pada suatu hari nanti.    

No comments:

Post a Comment