Saturday, 26 November 2011

Saya Sebentuk Cincin

   Saya sebentuk cincin.Saya bertatahkan beberapa butir permata.Saya dibuat oleh seorang tukang emas tang terkenal di Kota Bahru.

            Saya telah dihantar ke sebuah kedai barangan kemas.Apabila tiba di sana,saya diikat tanda harga.Saya dipamerkan di dalam sebuah almari kaca bersama-sama cincin lain.

            Pada suatu petang,seorang wanita    bernama durga mengunjungi kedai barangan kemas itu.Dia memerhatikan barang-barang kemas yang dipamerkan.Kemudian,dia duduk di hadapan almari kaca,tenpat saya dipamer.

            Jurujual kedai itu mengeluarkan beberapa bentuk cincin    dan ditunjukkan kepada durga.Saya adalah antara cincin yang ditunjuknya.Selepas puas meneliti dan mengacu ke jarinya durga memilih saya.

         Setelah tiba di rumah,durga menyerahkan saya kepada ibunya.Ibu durga meletakan saya di dalam bekas yang istimewa.Rupa-rupanya,durga akan melangsungkan majlis pertunangan.

        Pada hari pertunangan, durga menyarung saya ke jari pasangannya iaitu minotenni.Durga dan tunangnya kelihatan "bagai pinang dibelah dua".Mulai hari itu,saya tersaring di jari minotenni. 

No comments:

Post a Comment