Wednesday, 30 November 2011

Aku sebuah buku

    Aku sebuah buku. Namaku abc. Aku diproses melalui batang pokok,sebelum diproses menjadi kertas, aku menjadi kertas. Aku pula dihantar ke sebuah kilang yang membuat buku.

    Setelah siap aku pun di angkat oleh seorang pemuda untuk diletakkan ke dalam lori. Lori itu pun bergerak ke destinasi.

    Setelah sampai ke destinasi aku pun di angkat seorang pemuda untuk diletakkan ke dalam kapal.Setelah semalaman aku berada di dalam kapal. Kapal itu pun belabuh di pelabuhan.

    Aku pula diangkat dari kapal untuk diperiksa oleh Kastam. Aku pun diangkat ke dalam lori untuk dihantar ke kedai buku.

     Setelah seminggu aku berada di kedai buku. Tiba-tiba ada seorang wanita membeli aku untuk di beri kepada anak buahnya.

     Tiap-tiap hari anak buahnya membaca aku. Suatu masa, seorang wanita telah memberi sebuah buku yang baru untuk anak buahnya. Manakala aku pula, hanya di simpan di dalam stor dan tidak dipedulikan lagi.

No comments:

Post a Comment