Wednesday, 30 November 2011

Aku sebuah buku

    Aku sebuah buku. Namaku abc. Aku diproses melalui batang pokok,sebelum diproses menjadi kertas, aku menjadi kertas. Aku pula dihantar ke sebuah kilang yang membuat buku.

    Setelah siap aku pun di angkat oleh seorang pemuda untuk diletakkan ke dalam lori. Lori itu pun bergerak ke destinasi.

    Setelah sampai ke destinasi aku pun di angkat seorang pemuda untuk diletakkan ke dalam kapal.Setelah semalaman aku berada di dalam kapal. Kapal itu pun belabuh di pelabuhan.

    Aku pula diangkat dari kapal untuk diperiksa oleh Kastam. Aku pun diangkat ke dalam lori untuk dihantar ke kedai buku.

     Setelah seminggu aku berada di kedai buku. Tiba-tiba ada seorang wanita membeli aku untuk di beri kepada anak buahnya.

     Tiap-tiap hari anak buahnya membaca aku. Suatu masa, seorang wanita telah memberi sebuah buku yang baru untuk anak buahnya. Manakala aku pula, hanya di simpan di dalam stor dan tidak dipedulikan lagi.

Tuesday, 29 November 2011

Cita-cita saya

    Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang guru yang mengajar bahasa korea.Saya meminati bahasa korea kerana ia sangat unik.Saya juga meminati artis-artis korea terutamanya super junior.

    Saya tahu bahasa korea sangat susah untuk disebut.Tetapi jikalau saya mempunyai usaha yang tinggi,insyaalah saya akan berjaya.

    Selain daripada cikgu bahasa korea,saya juga ingin menjadi seorang pramugari yang berjaya,kerana saya ingin mencari pengalaman di negara luar.Terutamanya,Seoul,Japan dan Paris.

    Seoul adalah tempat yang menarik bagi saya.Kerana tempat-tempatnya unik.Antaranya,menara Seoul,caribbean bay.Saya mahu mencari pengalaman di Paris kerana negara itu adalah negara fesyen.saya sangat meminati dunia fesyen.

    Pereka fesyen adalah cita-cita saya yang ketiga.Walaupun saya kurang mahir dalam dunia fesyen.Tetapi saya boleh berusaha dengan lebih keras lagi.

    Saya juga berminat dengan jurugambar.Kerana,saya sangat suka mengabil gambar.Tetapi,jurugambar harus kreatif dalam bidang ini .

    Saya yakin saya boleh mencapai cita-cita tersebut.Saya harus belajar bersungguh-sungguh . 

Monday, 28 November 2011

Kata Penegas

Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

-kah
-lah
-tah
jua
Juga
Sahaja
Hanya
Memang
Lagi
pun



Contoh
1.        Itulah rumah saya.
2.        Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3.        Apatah dayaku untuk menolongnya.
4.        Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5.        Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6.        Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Saturday, 26 November 2011

Saya Sebentuk Cincin

   Saya sebentuk cincin.Saya bertatahkan beberapa butir permata.Saya dibuat oleh seorang tukang emas tang terkenal di Kota Bahru.

            Saya telah dihantar ke sebuah kedai barangan kemas.Apabila tiba di sana,saya diikat tanda harga.Saya dipamerkan di dalam sebuah almari kaca bersama-sama cincin lain.

            Pada suatu petang,seorang wanita    bernama durga mengunjungi kedai barangan kemas itu.Dia memerhatikan barang-barang kemas yang dipamerkan.Kemudian,dia duduk di hadapan almari kaca,tenpat saya dipamer.

            Jurujual kedai itu mengeluarkan beberapa bentuk cincin    dan ditunjukkan kepada durga.Saya adalah antara cincin yang ditunjuknya.Selepas puas meneliti dan mengacu ke jarinya durga memilih saya.

         Setelah tiba di rumah,durga menyerahkan saya kepada ibunya.Ibu durga meletakan saya di dalam bekas yang istimewa.Rupa-rupanya,durga akan melangsungkan majlis pertunangan.

        Pada hari pertunangan, durga menyarung saya ke jari pasangannya iaitu minotenni.Durga dan tunangnya kelihatan "bagai pinang dibelah dua".Mulai hari itu,saya tersaring di jari minotenni. 

Aku Sebuah Komputer

 Namaku acer.Aku berasal dari negara Jepun.Aku dibawa ke Malaysia sebulan yang lalu.Tiba di Malaysia aku terus dihantar ke kedai Konputer Maju.

            Setelah seminggu dipamerkan,aku dibeli oleh seorang pemuda bernama sharmatha.Aku digunakan olh sharmatha untuk menjimpan data-data peribadi dan maklumatterkini syarikat.

            Sharmatha menjaga aku dengan baik.Pda suatu hari,tanpa disengajakan sharmatha telah terlanggar secawan kopi yang diletakkan di tepiku.Air kopi tertumpah di atas tubuhku.Aku berasa begitu panas dan semakin lemah.

            Tanpa membuang masa,sharmatha segera membawa aku ke sebuah kedai komputer untuk dibaiki.Setelah dirawat selama seminggu akhirnya aku kembali pulih.Aku terus berkhidmat untuknya sehingga hari ini. 

Kata Pemeri

Kata Pemeri


1.        Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2.        Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3.        Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4.        Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh


a)        Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b)        Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c)        Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kata Nama Am - bernyawa

Kata Nama Am - tidak bernyawa

Simpulan Bahasa

Marilah Belajar Tatabahasa

Suku Kata KV